3.28.2009

AMALAN ZIKIR


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:



ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD

Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.Wallahualam

3.26.2009

RASAILAH SENGSARA MEREKA...






cerita ni da lama.tapi kita tak boleh lupa..

dulu kita tengok yahudi bunuh orang islam palestin dalam tv..kita pun rasa benci, marah n geram.kita nak pergi berjihad memegang senjata x mampu n x ada upaya.

hanya melalui stop menggunakan barang yahudi sahaja pilihan kita.hancurkan ekonomi mereka setakat mana kita mampu..Gunalah barangan keluaran orang islam yg jelas halal dan berkhasiat sebagai ganti.

tapi..

mulut kita cakap marah, tapi dalam toilet dan bathrooms masih guna barang yahudi!gosok gigi pagi2 guna colgate.pagi2 dah tolong ekonomi yahudi(contoh sahaja).banyak lagi benda lain dalam hidup kita sokong ekonomi yahudi.langsung n tak langsung.


kalau dulu kita x tau, sekarang kita da tau.kalau da beli sebab x tau,x mengapa..kalau akan dan sudah beli sebab tepaksa kerana tiada pilihan lain x apa..tapi kalu beli sebab saja2 maka umpama bagi peluru kat yahudi untuk bunuh orang islam! bgitu menyedihkan..

BOIKOT SEMUA BENDA NI! berhenti terus memang la lagi baguss..


























Iklan 'Coke' Di Eropah...... .

Perhatikan Iklan di bawah, apa pandangan anda..? Ini adalah petikan di antara iklan iklan 'Coke' yang di terbitkan di Eropah






Renung renungkan lah wahai saudara saudari.

Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah.
Kita ANTI YAHUDI

Tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini.
Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam.
Masih Nak Minum Coke Lagi .?



Berpesan-pesan sesama insan


2.03.2009

LAWATAN KE JAKARTA BANDUNG

Antara peserta rombongan sewaktu berkunjung ke Gunung Berapi Tankuban Perahu

Sewaktu makan malam di salah sebuah restoran yang di sediakan

Pasangan paling romantik

Makanan memang sedap

Senyum dapat makan hehehe....Kenangan manis bersama kak Intan

Haus sangat la tu ..tak sabar-sabar angkat gelas

Kenangan di rumah contoh di museum

post istimewa selepas makan di salah satu restoran yang di sediakan

Acara game show bermula

eeeee..takut nya..tak dapat jawab

Apalah yang cuba nak di sampaikan tu..cuba teka

cepat-cepat teka..itu la yang cuba diberitahu oleh Zihan

Alamak...susah nya...

kasih ibu pada anak nya..upacara menyambut hari lahir anaknya..syahdu...

Laparnya baru turun dari gunung berapi ..makan jagung bakar
Semua peserta di Tankuban Perahu

Alhamdulillah rombongan Kumpulan Nur Ulfah telah selamat kembali ke tanah air pada 17hb January 2009 setelah 4 hari mengadakan siri lawatan ke jakarta bandung bermula pada 14 hb January 2009.Seramai 30 orang peserta yang telah mengikuti rombongan tersebut yang terdiri dari berbagai lapisan umur.

12.13.2008

YANG DEWASA DIHORMATI, YANG MUDA DIKASIHI..




Kenapa suka cium anak? belum terlambat..

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.



Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.


Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.


Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”


Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..


Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

12.11.2008

HUKUM MELINTASI HADAPAN ORANG BERSOLAT



Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas
sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas
lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padangpasir
misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan
memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh
dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.


Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang
pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai
pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia
menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini
bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."


Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan:


" Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak
lalu dihadapannya ."


Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.
Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau
letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat
orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan
orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada
lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.


Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq
mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat
dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau
berkata:

" Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di
hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu
di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya" .


Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu
lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "
Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan
diiringi oleh syaitan ."


( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB : KEPUTUSAN HUKUM & FATWA
FATWANYA ).