12.13.2008

YANG DEWASA DIHORMATI, YANG MUDA DIKASIHI..




Kenapa suka cium anak? belum terlambat..

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.



Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.


Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.


Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”


Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..


Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

12.11.2008

HUKUM MELINTASI HADAPAN ORANG BERSOLAT



Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas
sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas
lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padangpasir
misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan
memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh
dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.


Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang
pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai
pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia
menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini
bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."


Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan:


" Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak
lalu dihadapannya ."


Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.
Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau
letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat
orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan
orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada
lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.


Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq
mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat
dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau
berkata:

" Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di
hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu
di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya" .


Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu
lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "
Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan
diiringi oleh syaitan ."


( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB : KEPUTUSAN HUKUM & FATWA
FATWANYA ).

TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

KUMPULAN NUR ULFAH MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA YANG TERLIBAT DALAM BENCANA INI..

SEMOGA KITA SEMUA BERSABAR ATAS DUGAAN DARINYA..


GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengesan mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN



PENDUDUK kawasan sekitar melihat lokasi tanah runtuh. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN



TUMPUAN orang ramai di kawasan kejadian. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN




GAMBAR OPERASI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA


MANGSA yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di dua kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, duduk termenung mengenangkan nasib yang menimpa mereka setelah terlibat dalam kejadian itu.-fotoBERNAMA


ANGGOTA tentera membantu mangsa-mangsa yang terselamat untuk beredar dari dua kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.-fotoBERNAMA


MEMBANTU memindahkan penghuni-penghuni kondominium berdekatan kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. -fotoBERNAMA


ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mendukung kanak-kanak yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA


ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mengusung seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA


ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mengusung seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA


SEORANG anggota operasi mencari dan menyelamat mendukung bayi yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA

PEMANDANGAN udara lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa yang terjadi awal pagi ini. foto ihsan TV3



PEMANDANGAN dari udara lokasi kejadian. Gambar dirakamkan oleh unit helikopter Polis Diraja Malaysia.


PEMANDANGAN kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN




12.08.2008

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM BERSAMA USTAZ ZAMRI 'MANTOP'

Program bersama Ustaz Zamri 'Mantop' telah diadakan pada 29hb Disember 2008 di Dewan Kg. Kuantan, Klang dengan tajuk "AL-QURAN PEDOMAN HIDUPKU".


Program anjuran bersama antara Kumpulan Nur Ulfah dan PEKERTI (Pertubuhan Kebajikan Pekerja Islam MPK) serta penaja utama kami Hiraq Marketing telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, Selangor .


Sambutan terhadap program ini amat menggalakkan dengan kehadiran sekitar 300 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan penduduk Klang dan Shah Alam.









Y.B. Tuan Hj. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam memberi ucapan aluan dan seterusnya merasmikan program.




Puan Raja Mazian selaku Pengerusi Majlis


























Kelihatan di bawah adalah Ustaz Zamri bersama dengan Timbalan Ketua Kampung Kuantan iaitu Saudara Daud bin Kulup dan juga pembantu khas Kumpulan Nur Ulfah iaitu saudara Nazeer Ahmad bin Kamarudin.

























Ustaz Zamri sedang membentang dan menghuraikan tajuk pada hari itu iaitu 'AL QURAN PANDUAN HIDUPKU'























Pengerusi Kumpulan Nur Ulfah Pn. Mazlon Naim bersama- sama Naib Ketua Pn. Noraini Abdul Rani dan AJK Pn. Hajah Baizurah Hj Haris dan Pn. Hajah Salmah Abdul Hamid.




















Kenangan bersama Ustaz Zamri dan Ustaz Bakar.



















Antara jemputan khas yang hadir iaitu para mualaf..




Walaupun mengalami kecederaan di pinggang, ia tidak menjadi halangan kepada Pn. Hajah Asmah untuk sama-sama turut hadir menambah ilmu dalam program ini.




































TERIMA KASIH DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PROGRAM BERSAMA USTAZ ZAMRI 'MANTOP'






Program bersama Ustaz Zamri 'Mantop' telah diadakan dengan jayanya pada 29hb Disember 2008 jam 2 pm - 5 pm (Sabtu) di Dewan Kg. Kuantan, Klang.

Program 2 hari ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Hj. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, Selangor.

Program ini adalah anjuran bersama KUMPULAN NUR ULFAH dan PEKERTI (Pertubuhan Kebajikan Pekerja Islam MPK) serta penaja utama kami adalah Syarikat Hiraq Marketing.



JUTAAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KITA SEMUA, INSYAALLAH




12.03.2008

HATI HATI DENGAN BUAH LAICI!!

Istighfarlah kita banyak2. Entah berapa kilo espsecially buah Lychee tu yang dah kita telan dengan begitu lazat. Apapun kita hati2lah jangan beli dan suapkan ke mulut kita dan anak2..






KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat p ada semua retailer supaya tutup tanda
halal p ada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas ada lah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kep ada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
website


http://www.halaljakim.gov.my/

11.24.2008

wanita wanita calon ahli neraka (Part 1)




Setelah mendengar kuliah yang menerangkan sifat-sifat wanita calon ahli neraka, maka kita renungilah di mana kedudukan diri kita... tepuk dada, tanya iman.

Adakah kita antara calon-calon tersebut??

Semoga Allah menjauhkan kita semua dari api neraka.. Na'uzubillah min zaalik.

11.22.2008

15 PERKARA PETANDA AKAN TURUN BALA





Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat manfaat


Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda ;

' Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu'

- HADIS SAHIH RIWAYAT AT-TIRMIDZI


FATWA TENTANG YOGA

(isu kontroversi kerana banyak umat Islam mempraktiskannya)


HARAKAH DAILY, 22 NOV O8


Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.


Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, namalan fizikal iaitu senama dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.


"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.


Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.


Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.


Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.


Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.


Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. - mks._

11.21.2008

CERAMAH UMUM



CERAMAH SEMPENA AWAL MUHARRAM



PENCERAMAH: USTAZ HJ. ZULKIFLI BIN AHMAD



TARIKH: 29HB DISEMBER 2008 (ISNIN)


JAM: 3 PM


TEMPAT: SURAU BUKIT KUDA, KLANG, SELANGOR



SEMUA DIJEMPUT HADIR






11.20.2008

KEDIAMAN BAGINDA RASULULLAH SEKELUARGA..

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH SAW..

rumah-nabi-sayyidah-khadijah-tempat-mereka-berdua-tinggal-selama-25-tahun-pun-dibongkar.jpg

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28tahun.



reruntuhan-rumah-khadijah_o.jpg

Di atas ini gambar rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.



pintu-masuk-kmr-rasul-di-rmh-khadijah_o.jpg

Gambar di atas ini adalah pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.



kamara-nabi-sayyidah-khadijah.jpg

Gambar di atas adalah sisa kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.



tempat-ketika-sayyidah-fathimah-zahra-dilahrirkan_o.jpg

Di atas ini adalah tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.



mihrab-tempat-rasulullah-biasa-shalat-di-rmh-khadijah_o.jpg

Di atas ini adalah mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.



kuburan-sayyidah-khadijah-al-kubra-putranya-qasim-di-pojok_o.jpg

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

KISAH ASHABUL UKHDUD ( Pembuat parit )



ASSALAMUALAIKUM..




Pada masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan takhta kerajaan mereka. Sihir digunakan oleh pemerintah untuk menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan selain daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut usianya. Tukang sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yang bijak dan menonjol pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan kesesatannya. Raja itu menunaikan hajat tujang sihir tadi.

Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli agama) dan dia begitu tertarik kepadanya dan mendengar segala nasihat daripada rahib tadi. Pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Justeru, timbul idea bagi budak tersebut untuk mengetahui yang manakah benar di antara tukang sihir dan rahib. Lalu dia pun mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada tuhan agar membunuh binatang tersebut sekiranya rahib itu yang benar, Lalu binatang itu tersungkur dan rebah dengan lontaran itu.

Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan menyembuh penyakit, antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan penyakit sopak sambil ia berdakwah dengan memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya. Budak tadi tetap sabar dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit orang ramai. Lalu tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada salah seorang pegawai istana yang buta. Tanpa berlengah, dia pun pergi kepada budak tadi untuk berubat. Budak tersebut memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia beriman kepada Allah, dia akan berdoa kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya disembuhkan dengan berkat daripada doa budak tadi.

Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis lalu raja berasa hairan apabila melihat pegawai itu tidak buta lagi. Maka dia bertanya: "Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu" . Lalu pegawai tersebut menjawab : "Tuhanku". Maka raja tersebut bertanya lagi: "Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku?" . Pegawai itu menjawab : "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah". Maka raja tersebut begitu marah apabila mendengar jawapan itu kerana ia boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Raja telah menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai budak tersebut.

Apabila budak tadi datang ke istana… raja itu menyangka bahawa budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk ajar tukang sihirnya. Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali apabila budak tadi mengingkari sihir dan tukang sihir. Sebaliknya budak itu mengajak untuk beriman kepada Allah s.w.t yang Esa.

Apabila raja mengetahui tentang kewujudan rahib, maka diazabnya rahib itu agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar sehinggalah badannya dibelah dengan gergaji. Rahib itu meninggal dunia dalam keadaan mempertahankan aqidahnya. Selepas itu, raja telah merancang untuk membunuh budak itu pula dengan dibawa budak itu ke puncak gunung untuk dihumbankan ke lembah yang curam. Lalu budak itu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu. Maka kembalilah budak tadi kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu mengenai apa yang berlaku.

Selepas gagal cubaaan pertama, lalu budak itu dihantar pula ke tengah laut untuk dihumbankan ke dasar lautan , lalu berdoalah budak tadi kepada Allah. Doanya dimaqbulkan dan kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak tadi kembali semula kepada raja dengan selamatnya. Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut orang ramai terutamanya berkaitan dengan keberanian budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu tanpa rasa gentar dan takut. Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh budak tersebut maka akhirnya budak itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang membolehkan dirinya dibunuh. Budak itu meminta raja tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya pada pokok. Kemudian mengambil anak panah daripada simpanannya dan memanahnya dengan berkata : "Dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini!". Lalu raja pun memanahnya sebagaimana cara yang disuruh oleh budak itu.

Raja berasa lega apabila budak itu pun meninggal dunia, namun tiba-tiba raja diberitahu bahawa orang ramai yang menyaksikan kejadian itu telah beriman kepada Allah. Raja itu pun dengan segera mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang beriman kepada Allah ke dalamnya. Namun, semua orang yang beriman itu lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih ditakuti oleh mereka daripada api dunia, begitulah pendirian orang mukmin yang sebenarnya.



Ada seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam pangkuannya yang masih menyusu agak teragak-agak untuk terjun ke dalam parit yang dipenuhi api yang bernyala kerana memikirkan tentang bayinya itu, lalu dengan izin Allah s.w.t bayi kecil itu dapat bercakap kepada ibunya supaya bersabar kerana mereka berada di dalam kebenaran.

Allah s.w.t telah merakamkan peristiwa yang bermaksud : "Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (Al-Buruuj: 4-11)" .

PENGAJARAN KISAH

1. Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku kepada budak itu. Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan dan memelihara serta mempertahankan agamaNya.

2. Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan orang yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut sebagaimana budak di dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui pengajian yang diperolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.

3. Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayah oleh Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam kisah ini.

4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman dan keyakinan.

5. Orang kafir sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana digergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.

6. Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib, pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam parit api.

7. Dibolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran.

8. Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada orang lain untuk menyesatkan manusia.

9. Mereka yang benar-benar yakin, istiqomah, dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan.

Kesimpulan
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya. Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.

Seperti kisah Rasulullah s.a.w dengan pamannya Abu Talib:
Abu Thalib menemui Rasulullah saw, dan berkata, �Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya kaum Quraisy datang menemuiku. Mereka mengatakan begini dan begitu. Maka tetaplah atasku dan atas diriku, dan janganlah engkau membebaniku dengan urusan yang tak sanggup kuatasi.� Rasulullah SAW mengira Abu Thalib terganggu karena perkara beliau ini, tidak mampu lagi melindungi dan berdiri bersama beliau.


Maka beliau berkata, “Wahai paman! Demi Allah! Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan ini, niscaya aku takkan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya, atau aku binasa.�

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq: 2-3)

11.18.2008

BANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI..


( Masjid Nabawi dimana terletaknya maqam Rasullullah)




CAHAYA MUKA NABI S.A.W.



Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang
aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya
wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada
hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak
mengucap selawat ke atasku."



BERDOA



Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."



KIJANG
DAN ANAKNYA


Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang
masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya
aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke
mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari
semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah
Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak
mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat
Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan
mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita
tergolong dalam umat Muhammad.


Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)