11.08.2008

TENTANG KAMI

Pengenalan Pertubuhan



Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar
Kumpulan Nur Ulfah adalah satu badan kebajikan wanita dan keluarga yang memperjuangkan syiar Islam dalam perspektif pembangunan keluarga dan masyarakat madani.



Matlamat Pertubuhan



1)
Pembangunan Wanita

Matlamat utama adalah untuk menyuntik roh Islam sejati ke dalam segenap lapisan usia terutama kaum wanita yang memainkan peranan penting dalam pembangunan menyeluruh sesebuah negara. Segala perkara yang berlaku saban waktu mempunyai kaitan langsung dan tidak langsung dengan sektor masyarakat ini yang bergelar isteri dan ibu yang juga penyumbang utama ekonomi. Menjadi hasrat kami untuk memperkukuh dan mempertingkatkan kekuatan wanita dalam pelbagai espek ke tahap yang lebih mapan dan efektif dalam penjanaan arus kemajuan negara.



2)
Pembangunan Jati Diri Saudara-saudara Muslimah Baru

Matlamat kami juga adalah untuk membimbing saudara-saudara baru yang memeluk Islam untuk memahami, mempelajari dan mengamalkan cabang-cabang kehidupan Islam sebenar, disamping berusaha menjalinkan integrasi ampuh antara mereka dan masyarakat Melayu sebagai sebuah keluagra.



3)
Pembangunan Jati Diri Remaja Muslimah

Melihat kepada remaja sebagai aset utama negara, kami berusaha untuk memainkan peranan sebagai pembimbing golongan itu agar lebih memahami matlamat kehidupan sebenar dalam erti kata Islam, dengan harapan supaya kemajuan material, rohani dan intelek mereka dapat diselaraskan secara bersepadu.

No comments:

Post a Comment