11.09.2008

BAGAIMANA BERSOLAT?



hadis nabi ;


'sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang'


solat adalah tiang agama..sebuah bangunan yang cantik berseri tiada gunanya dan akan runtuh menyembah bumi seandainya binaan taingnya adalah lemah dan tidak mampu menampung beban bangunan itu sendiri..begitulah umpama agama ini dan solat.betapa hebat kita dalam menjalankan urusan agama yang pelbagai tidak akan ada gunanya seandainya solat kita masih terhoyong hayang dan tidak menentu..solat adalah perihal pertama yang akan disoal Allah di hari perhitungan nanti..baik solatnya zahir dan batin, maka timbangan neraca pasti akan membawanya ke arah pintu syurga idaman..


dalam beragama tidak ada sifat tiru meniru.untuk melakukan kebaikan haruslah belajar dan untuk menjauhi keburukan pun tetap kepada belajar..dalam ibadah khusus seperti solat Tuhan tidak akan mengangkat solat kita ke sisinya jika apa sahaja perbuatan dan percakapan yang kita lakukan dalam solat adalah bersandarkan kepada ikutan semata2..

sabda nabi;


'sesungguhnya sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah berilmu, sesiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah berilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu'


dengan jelas Nabi memerintahkan kita supaya menuntut ilmu bukan sahaja untuk kejayaan di dunia tetapi yang paling penting untuk mendapat kebahagiaan di akhirat kelak.dan untuk berjaya di akhirat tidak akan tercapai dengan tiru meniru dan ikut2 malahan akan lebih teruk pula jika apa yang ditiru itu adalah dongengan dan karut marut. untuk berjaya di akhirat hal yang paling terutama antara perkara2 yg penting dalam hidup kita sebagai muslim adalah solat yang sempurna..dan untuk mendapt solat yang bagus hendaklah kepada ilmu..dan untuk mendapat ilmu pula hendaklah menuntut dari punca2 yg sebenar dan sahih.. apabila tidak tahu dan kurang faham haruslah belajar, bukan dengan meniru perbuatan manusia lain dengan anggapan bahawa orang itu memang dah mengetahui dengan jelas apa yang dia lakukan.. sedangkan mana kita tahu mungkin dia juga meniru dari perbuatan orang lain pula.huhu..


kita selalu beranggapan Tuhan akan memberikan kita pahala yang melimpah ruah apabila kita melakukan banyak kebaikan kepada manusia, tetapi sedangkan segala perbuatan baik tersebut akan terhalang untuk mndapt balasan pahala sekiranya solat kita ini masih belum teratur dan kemas segala syarat2 dan rukun2nya..alangkah ruginya hidup berpuluh2 tahun penuh dengan amal maaruf tapi akhirnya terjunam dalam api neraka..


berdasarkan syarahan Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari yang amat 'alim dalam selok belok agama termasuk berkaitan cara2 solat yang pling baik, dapat saya ringkaskan inti pati bagaimanakah mengamalkan solat dengan sempurna rukunnya, syarat2 sahnya mahupun perkara2 sunat yang patut kita ambil perhatian..


BACA BERIKUTNYA DI SINI

PENERANGAN VISUAL DI SINI

No comments:

Post a Comment