11.17.2008

BELAJAR AGAMA??




(nama Allah pada sarang lebah)






Assslamualaikum wbt..





semoga Allah merahmati hidup kita semua..Insyaallah.


zaman sekarang hidup penuh pancaroba..bagi kita yang menjadi generasi sekarang memang didedahkan dengan segala bentuk 'permainan baru' yang dikatakan sesuai dengan peredaran semasa. bagi mereka yang x tahu menahu tentang perkara mutakhir, dikatakan jumud dan ketinggalan zaman oleh banyak orang... saya x mahu menceritakan apa itu perkara dan bidang2 yang meliputi pelbagai kemajuan dalam setiap cabang hidup, semua orang sudah tahu dan jelas apakah kebaikan2 yang di bawa bersamanya dan juga bahana buruk dan sadis kerananya yang melanda masyarakt kita yang jelas rapuh pegangan adap dan susila turun temurun akibat kealpaan kita sendiri..


banyak orang beranggapan bahawa memang menjadi lumrah apabila kita inginkan sesuatu yang maju dan hebat, kita patut membayar dengan harga yang tinggi.. dan harga yang saya maksudkan adalah keruntuhan sistem institusi sosial berakhlak..


tetapi adakah perkara ini betul2 benar? adalah jelas bagi mata kita, ia bukan suatu yang betul dan sudah terbukti kerosakan akhlak bukan disebabkan datangnya kemajuan terhadap sesuatu bangsa tersebut..ambil contoh bangsa jepun, mereka memang maju diakui dunia tetapi sistem sosial mereka kekal terjaga dan ampuh walaupun panahan2 kebejatan datang melanda..dan banyak lagi negara2 yang mampu memegang erat adat budaya yang mementingkan kesopanan ini di merata2 tempat yang lain..yang hairannya, mereka ini kebanyakannya bukanlah muslim dan mereka beragama karut.tetapi mereka pula yang paling kuat memastikan sivik dan moral kekal utuh sedangkan kita yang mengaku islam dan berketurunan melayu banyaknya adalah...hancuss! tak perlu diterangkan lagi apakah elemen2 kehancuran yang kita menjdi hero, semua orang sudah maklum dengannya..


bagi yang berkuasa pula, diingatkan gunakan apa yang dianugerahkan kepada mereka agar melangsaikan hutang2 pemulihan akhlak rakyat dengan sebaik2nya dan jika gagal dengan sebab sengaja dan berpura2, ingatlah azab Tuhan amatlah pedih.. kita hanya mampu berdoa agar Tuhan mengekalkan kita pada jalan yang lurus dan mengampuni segala salah silap kita yang terdahulu...


pun begitu, yang menarik perhatian kita mutakhir ini adalah, kesedaran dan semangat masyarakat umum untuk memulihkan apa yang tersasar dan salah dalam sistem sosial kita dilihat semakin mendalam dan rancak.. ini suatu yang membanggakan. pelbagai institusi masyarakat ditubuh dan menjalankan pelbagai aktiviti yang mmpu mencorak kembali sistem yang ada dan memulihkan orang2 yang tersalah arah dan panduan hidup.. dan kumpulan2 ini adalah berlatarbelakangkan agama kerana kita semua tahu, agama adalah kunci penyelesaiaan kepada semua masalah.. orang makin sedar, kalau selain dari agama yang dicari untuk menyelesaikan kekusutan maka bertambah kusutlah perkara tersebut.. dan memang sudah dijanjikan Allah dalam kitabNya bahawa tetap akan ada pada setiap zaman segolongan manusia yang betul2 ikhlas dan jujur untuk berdakwah dan membangunkan kembali keazaman untuk beriman dan membawa manusia ke jalan yang diredhaiNya dunia dan akhirat..


banyak individu2 di mana2 pelusuk dunia ini mahupun di Malaysia yang berlumba2 untuk mendalami selok belok agama agar hidup sentiasa berkat dan memperoleh ketenangan kekal abadi. maka mereka mencari2 tempat dan guru2 yang difikirkan layak dan alim untuk menuntut ilmu agama. yang menjadi persoalan sekarang, apakah indikasi2 dan tatacara terbaik yang harus kita gunakan sebelum menuntut dan mempelajari agama dari guru2 ini? semua orang boleh membaca mana2 kitab, dan mengatakan sudah cukup ilmu di dada dan layak untuk mengajarkan pada mnusia lain pula tentang hal agama.. ia adalah baik jika asas dan apa yang diketahuinya adalah btul2 tepat dengan syariat, tetapi akan terimalah azab yang pedih jika apa yang disampaikan pada mnusia2 lain adalah dari buah fikiran semata2 dan hanya berlandaskan satu dua kitab yang bukan muktabar dan layak untuk diambil pegangan darinya.. maka orang yang belajar dan menuntut dari mereka ini bukan sahaja tidak dapat kembali kepada jalan yang betul2 benar, tetapi mkin jauh pula dari keredhaan Allah yang dicari2.. orang yang berlagak alim sebeginilah yang dikatakan sebagai Ulama Sukk dalam hadis2 Nabi dan mereka inilah yang mendapat azab dalam api neraka yang paling bawah.. mereka ini bersepahan di mana2 sahaja, dan orang yang tiada asas agama yang kukuh, akan mudah tertipu dan terikut2 cara dan pendapat mereka..


ulama2 Sukk ini bukan sahaja pandai bermadah bicara sehingga orang terliuk lentok dengan ucapan2 dalam apa2 bab agama yang diperkatakan, tetapi mereka ini juga adalah handal dalam menambat hati2 manusia agar dilihat sebagai amat baik dan mulia..maka mudahlah sekali kita tertipu...


adalah diingatkan, menuntut ilmu agama tak cukup bermodalkan semangat dan azam yang tinggi sahaja.. kita harus tahu rambu2 ataupun selok beloknya yang telah digariskan syariat. tujuannya hanya satu, agar kita tak terkandas, menjadi bengung dan terikut2 dengan ajaran yang menyimpang dan terseleweng dalam menerima seruan2 dari banyak kelompok dakwah yang pelbagai, yang mengaku adalah lebih mulia berbanding kelompok dakwah lain yang wujud sesama mereka..


melalui pelbagai cara mereka berusaha meraih pengikut seramai mungkin. lihatlah sekeliling kita.. ada yang menawarkan jalan mendekati agama dengan menggunakan menhaj qalbunya, ada yang mengajak untuk ikut pegangan politik agamanya, ada pula yang menyeru untuk segera kita mendirikan khilafah islamiah, dan ada pula yang berkelana dari satu daerah ke daerah lain untuk mengajak manusia ramai2 menganggotai kumpulan yang dikepalainya berbentuk usrah dan beramai2 ke masjid dan pusat2 keagamaan.. tetapi, menjadi persoalan sekarang yang manakah yang betul2 tepat dan berwibawa dalam agama? inilah yang patut dibincangkan..


BACA BERIKUTNYA SINI

No comments:

Post a Comment