11.11.2008

PERNIAGAAN DISISI ISLAM..


Assalamualaikum


'sesungguhnya sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu adalah berpunca daripada perniagaan..'
- Sabda Rasulullah swt..

sebenar2nya, kita mengetahui dalam sirah Nabi junjunngan kita Muhammad pada zaman hidupnya sebelum diangkat menjadi utusan Allah kepada seluruh alam ini, baginda adalah seorang ahli perniagaan yg begitu jujur dgn perniagaannya..baginda meluangkan banyak masa dan berpenat lelah dalam sama2 mengembangkan pendapatan keluarga ayahanda saudaranya Abi Talib melalui perniagaan barang2 dagangan..kita semua maklum, dalam setiap jual beli baginda dgn para pembeli dan pedagang lainnya, prinsip2 perniagaan yg sejati meliputi ikhlas, kuat berusaha dan murah hati menjadi pegangan dan amalan baginda..dlm mana2 tempat dagangan, baginda akan menjelaskan kepada pembeli kedudukan sebenar barang2nya smaada ia adalah yg paling baik kualitinya ataupun sebaliknya..baginda tidak pernah berbohong dlm menguruskan jual beli di samping begitu bersemangat berusaha utk memajukan perniagaan milik ayahanda saudaranya itu...dan cara 'promosi' sebeginilah yg membuatkan barang2 dagangan Rasuluulah menjadi tumpuan para pembeli, laris dan habuan pendapatan baginda begitu lumayan berbanding peniaga2 lain yg ada..dan berpunca daripada sikap sebegini jugalah baginda mendapat jolokan nama Al- Amin dalam kalangan masyarakat Arab ketika itu melihatkan betapa Nabi begitu jujur ikhlas dalm memegang apa2 amanah dlm setiap urusannya termasuk berkaitan hal jual beli...


kita sebagai umat muhammad swt wajib mengikuti segala saranan baginda agar hidup sentiasa diberkati.. Nabi pernah bersabda bahawa sesungguhnya dunia ini dimiliki oleh empat golongan, iaitu :

1) manusia yg mempunyai harta dan ilmu


2) manusia yg mempunyai ilmu tapi tiada berharta


3) manusia yg mempunyai harta tetapi tidak berilmu


4) tidak mempunyai ilmu dan harta


jelasnya di sini, mukmin yg mempunyai harta dan tahu menguruskan harta kekayaannya dgn bersandarkan ilmu2 yg ada itulah manusia yg paling bertuah dan di pandang tinggi oleh Allah Ta'ala berbanding golongan2 lain..harta kekayaan digunakan utk mendapat kebahagiaan dunia dan seterusnya menjadi penghubung kepada kebahagiaan hakiki di akhirat kelak..ilmu yg penuh didada menjadi pelindung dan pengawal baginya supaya dapat membelanjakan apa yg dimiliki mengikut lunas2 yg telah diperuntukkan dalam agama..maka amat beruntunglah mukmin ini...


BACA BERIKUTNYA DI SINI

No comments:

Post a Comment